© 2023 Rentokil Initial (M) Sdn Bhd Registration No: 197201001250 (12889-M). Subject to the conditions in the Legal Statement.
Masalah anai-anai sering berlaku dan tidak dikesan sehingga ia terlalu terlambat. Untuk memastikan harta benda anda tidak akan dirosakkan oleh anai-anai, servis pencegahan anai-anai dapat melindungi rumah anda sebelum mereka menyerang bangunan anda.
Rawatan sempadan cecair kimia adalah salah satu kaedah yang amat berkesan untuk mencegah anai anai. Demi melindungi harta tanah anda, rawatan Rentokil dapat mengawal masalah anai-anai dan ini merupakan cara menghalau anai anai yang berkesan. Dengan juruteknik yang berpengalaman serta jaminan lanjutan daripada Rentokil, anda boleh menginap di rumah tanpa risau.
Rawatan sempadan cecair kimia membentuk zon rawatan di sekeliling perimeter premis anda melalui penggerudian lubang dan suntikan cecair kimia anai-anai ke dalam tanah. Ini akan mewujudkan sempadan antara struktur tanah dan bangunan. Apabila anai-anai bawah tanah melalui zon terawat untuk mencari makanan, sisa-sisa cecair kimia tersebut akan meliputi seluruh badan mereka. Anai-anai yang terdedah kepada racun akan menyebarkan bahan aktif kepada seluruh koloni dengan sentuhan fizikal.
Rawatan Sempadan Cecair Kimia Rentokil merupakan penyelesaian yang selamat dan efektif untuk melindungi rumah dan keluarga anda daripada kemusnahan anai-anai. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan berperalatan lengkap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik. Demi memastikan pelanggan akan mendapat ketenangan serta senang hati di rumah, kami memberi jaminan mengikuti servis pakej yang dipilih. Sekiranya, infestasi anai-anai menimbul lagi dalam tempoh waranti servis pakej tersebut, kami akan menjalankan rawatan semula.
Jumpa anai-anai di rumah? Jangan tunggu sehingga masalah anai anai menjadi serius. Hubungi kami hari ini di 1300 881 911 untuk menghapuskan infestasi anai-anai
Langkah pertama untuk kurangkan risau anda. Dapatkanlah servis permeriksaan untuk premis anda hari ini.