1300 881 911 Call us for a free quote Contact us

Rawatan Racun Anai-anai

Adakah anda sedang mencari racun anai-anai untuk membunuh anai-anai?

Apabila menghadapi masalah anai-anai, sesetengah orang lebih gemar mengguna cara DIY untuk membasmikan anai-anai. Pengunaan rawatan DIY mungkin berkesan tetapi ia mempunyai risiko dari segi keselamatan sekiranya racun tersebut tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pertanian dan cara aplikasi yang salah akan mendorong infestasi yang lagi teruk. Penggunaan racun bunuh anai-anai yang sah adalah penting untuk keselamatan dan keberkesanan rawatan. Anda patut dapatkan servis pakar untuk mengendali masalah anai anai anda.

Fungsi Rawatan Pengumpanan Anai-Anai

Rawatan Pengumpanan Anai-Anai Rentokil direka khas untuk melindungi harta benda anda  melalui pembasmian anai-anai Coptotermes secara efektif. Rawatan ini akan menghapuskan koloni anai-anai dengan menggunakan sistem pengumpanan anai-anai dan peranti pengesahan anai-anai yang terkini.

Perlindungan Rumah Dan Keluarga Anda Bermula Di Sini

* Required field

Download this report

Pelan Penghapusan Koloni Rentokil (Rentokil Colony Elimination Plan)

Melalui pelan perlindungan ini, pakar kami menentukan infestasi anai-anai dan pasangkan umpan anai-anai di premis anda. Dengan mengeksploitasi habitat mereka mencari makanan, pekerja anai-anai akan memakan umpan dan berkongsi dengan anai-anai yang lain dalam koloni tersebut. Bahan aktif dalam umpan anai-anai akan memberi kesan dengan menghentikan kejadian "salin kulit" semasa mereka membesar. Apabila anai-anai mati, koloni itu akan merosot bilangannya sehingga tidak mampu dikekalkan dan penghapusan terjadi.

Berdasarkan keperluan anda, pakej kawalan anai-anai kami adalah direka untuk memberi anda pelan pembasmian yang paling berkesan. Setiap infestasi adalah unik bergantung kepada spesies anai-anai seperti Coptotermes, kawasan serangan, tahap infestasi dan keadaan harta benda. Pelan pembasmian ini menentukan infestasi anai-anai dan pasangkan umpan anai-anai di premis anda dengan memastikan anda akan senang hati dengan harta benda yang berada dalam keadaan baik.

Ciri-ciri:

  • Prosedur pengumpanan dijalankan oleh juruteknik perkhidmatan yang berpengalaman dan berkelayakan yang dilesenkan oleh Lembaga Racun Perosak Malaysia.
  • Pemeriksaan kualiti untuk memastikan penyelesaian umpan anai-anai dilakukan dengan sewajarnya.
  • Sokongan teknikal daripada kepakaran tempatan dan global.
  • Cara basmi anai anai yang berkesan

Faedah

  • Perlindungan jangka panjang - Pakej kawalan anai-anai menawarkan jaminan servis hingga 8 tahun termasuk servis rawatan semula.
  • Pembayaran ansuran - Pilihan pembayaran fleksibel dengan pelan ansuran faedah 0%.
  • Servis meliputi seluruh Malaysia - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Butterworth, Ipoh, Kedah, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Terengganu, Kota Bharu, Sabah dan Sarawak.
  • Tidak mengganggu - penggerudian dalaman tidak diperlukan
  • Ketenteraman minda - rutin dan pemeriksaan yang berterusan untuk tanda aktiviti anai-anai
  • Mesra alam - mengguna ubat anai anai tidak toksik

Pasukan pembunuh anai anai Rentokil akan membantu anda menentukan sama ada kaedah umpan sesuai untuk anda. Dengan cara dan umpan yang betul, kami yakin kami dapat mengatasi masalah anai anai anda dalam masa yang singkat.

Hubungi kami 1300 881 911 hari ini atau hubungi kami dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Penghapusan Koloni Rentokil (RCEP).

Find Rentokil pest control near you

Hubungi Pakar Kami Sekarang

Pemeriksaan Anai-Anai

Langkah pertama untuk kurangkan risau anda. Dapatkanlah servis permeriksaan untuk premis anda hari ini.