1300 881 911 Call us for a free quote Contact us

Servis Kawalan Anai-Anai

Jangan Ambil Risiko Dengan Anai-anai

Sebanyak 83% rakyat Malaysia pernah atau mengenali seseorang yang pernah mengalami masalah anai-anai di rumah. Selain daripada ancaman terhadap struktur bangunan, masalah anai anai yang serius boleh menyebabkan kecederaan. Di Sarawak, seorang pelajar perempuan jatuh dan kakinya tersekat apabila dia terpijak satu papan lantai yang telah reput akibat masalah anai-anai. Selain itu, anai-anai juga boleh menyebabkan kematian sekiranya bumbung rumah anda runtuh.

Jangan biarkan masalah anai-anai mengancam keselamatan rumah anda. Dapatkan kawalan anai anai segera, kami menawarkan jaminan 8 tahun termasuk servis rawatan semula. Pembayaran dengan Pelan Ansuran Faedah 0%.

Perlindungan Rumah Dan Keluarga Anda Bermula Di Sini

* Medan yang diperlukan

Download this report

Dapatkan Servis Pembasmian Anai-Anai Yang Cepat Dan Efektif

Rentokil menawarkan pelbagai jenis rawatan anai-anai berdasarkan keperluan anda dan tahap infestasi anai-anai di premis.

Kaedah pengumpanan kami adalah khas untuk merawat infestasi anai-anai aktif di premis anda. Apabila anai-anai makan umpan itu, larutan itu akan sebar dalam koloni anai-anai dan hapuskan mereka.

Kaedah ini termasuk penggerudian tanah dan suntikan cecair kimia ke dalam tanah untuk mewujudkan sempadan sekeliling premis anda untuk mencegah anai-anai. Cara ini boleh menghalau dan menghalang anai-anai dari premis anda.

Ini merupakan rawatan holistik yang menggunakan stesen pemantauan yang tidak memberi gangguan kepada anda. Pakar kami akan memeriksa stesen tersebut secara berkala. Jika ada infestasi anai-anai, umpan akan digunakan.

Pastikan Masalah Anai-anai Anda Ditangani Dengan Segera

Jangan panik sekiranya rumah anda telah diserang oleh anai anai. Dengan Action 2/24 di Rentokil, kami akan membalas pertanyaan anda dalam 2 jam atau seawal yang mungkin pada hari bekerja yang seterusnya dan memastikan tindakan diambil dalam 24 jam.

Find Rentokil pest control near you

Get in touch

Pilihan Pembayaran Fleksibel

Pelan ansuran faedah 0% boleh didapati dari pelbagai bank. Klik di sini.